Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan dirasmikan pada tahun 1987 oleh Yang Berhotmat Dato' James Jemut Masing. Sekolah ini dibina di atas bekas tanah milik Tuai Rumah Nabau dan terletak 20 kilometer dari Pekan Kapit.
Sekolah ini diberi nama Nanga Bawai kerana ia terletak bertentangan dengan muara Sungai Bawai. Guru Besar pertama yang menjalankan tugasnya di sekolah ini ialah Cikgu Kasol Linang dan diikuti dengan 2 orang guru (Cikgu Jabang dan Cikgu Sim) serta seorang tukang masak (Puan Lemok Mabong).
Ketika itu hanya terdapat sebuah blok kelas yang merangkumi kelas Tahun 1 dan Tahun 2, sebuah bilik guru, 4 unit rumah guru dan staf serta dapur. Kebanyakan bagunan ini dibina menggunakan papan dan kayu. Bilangan murid hanyalah seramai 43 orang yang terdiri daripada anak-anak petani dari rumah panjang yang berdekatan seperti Rumah Nabau, Rumah Jampong, Rumah Sigan, Rumah Ukau dan Nanga Spako.
Setelah 13 tahun, satu projek pembinaan bagunan baru sekolah telah dijalankan. Pada ketika itu sekolah ini telah diambil ahlih oleh Mendiang Cikgu Douglas Renang dan ketika itu juga bilangan guru dan staf telah mencecah 17 orang. Bilangan murid juga bertambah sehingga 147 orang.
Pada tahun 1998, Cikgu Dauglas Renang telah meninggal dunia kerana masalah kesihatan. Maka jawatan guru besar telah dipangku oleh Cikgu Taib yan gmasa itu memegang jawatan sebagai Penolong Kanan 1. Setahun kemudian, Cikgu Hii Hua Chai telah mengambil alih jawatan Guru Besar dan menjawat jawatan sehingga sekarang.
Pada masa sekarang, terdapat seramai 166 orang murid dan 16 orang guru serta 12 orang kakitangan sekolah yang bertugas di sekolah ini.
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai Cemerlang Tahun 2012
MISI SEKOLAH
Berusaha mencapai kecemerlangan dari aspek keilmuan, kemahiran dan sikap melalui penggemblengan segala sumber secara optimum.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Mempertingkatkan budaya ilmu pelajar ke arah kecermelangan.
2. Meningkatkan lagi kecermelangan etika kerja kakitangan sekolah.
3. Meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam segala aspek supaya dapat dikenali sebagai sekolah cemerlang.
Senarai Guru Besar-Guru Besar yang telah berkhidmat di SK Nanga Bawai, Kapit.
1. Koso Linang (01.01.1986 - 21.06.1994)
2. Douglas Renang Ringkut (22.06.1994 - Jun 1998)
3. Abdul Taib Hj Chek (Julai 1998 - 3.10.1999) - memangku jawatan GB
4. Hii Hua Chai (4.10.1999 sehingga kini)
Tahun-------Bil. Pelajar
- 2006 ----- 216
- 2007 ----- 197
- 2008 ----- 200
- 2009 ----- 187
- 2010 ----- 191
- 2011 ----- 207
PERATUS KELULUSAN UPSR
2004 73.30%
2005 70.83%
2006 84.40%
2007 83.30%
2008 76.60%
2009 59.09%
2010 84.60%
2011 85.71% (SASARAN)