SK Nanga Bawai Kini
Setelah 24 tahun sekolah ini ditubuhkan dengan keadaan bangunan yang dibina daripada papan oleh PIBG, maka Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai kini sudah berwajah baru dan moden dengan bangunan-bangunan yang indah dengan inisiatif kerajaan. Kos pembinaan sekolah ini menelan belanja lebih daripada tiga juta ringgit. bangunan baru ini siap dibina pada tahun 2001.
Gambar Blok Pentadbiran ini diambil pada tahun 2005.
SK Nanga Bawai dilengkapi dengan beberapa bangunan seperti blok adademik, blok pentadbiran, dewan makan dan asrama. Di samping itu, sebubah padang bola sepak dan gelanggang serbaguna telah dibina untuk kegunaan sukan dan permainan. Beberapa kemudahan seperti bilik sains, bilik komputer, bilik ETeMS, bilik Teknologi Pendidikan, bilik Kemahiran Hidup, bilik Muzik, bilik Kesihatan dan Pergigian, bilik cetak, stor sukan, bilik SPBT, bilik mesyuarat, pusat sumber dan bilik kaunseling turut disediakan dan dilengkapi dengan peralatan yang cukup.
Peta Sekolah
Tingkat 1 - Bilik Guru, Bilik Darjah Tahun 6
Tingkat 2 - Bilik Mesyuarat, Bilik Kesihatan & Pergigian, Bilik Pemulihan
Tingkat 3 - Pusat Sumber, Bilik ETeMS, Bilik Kaunseling
Tingkat 4 - Bilik BTP, Bilik Darjah Tahun 4, Bilik Darjar Tahun 5, Bilik SPBT
Tingkat 1 - Bilik Darjah Tahun 1, Bilik Darjah Tahun 2
Tingkat 2 - Bilik Darjah Tahun 3, Bilik Komputer
Tingkat 3 - Makmal Sains
Tingkat 4 - Bilik Kemahiran Hidup
Bilik Komputer
Bilik ETeMS
Makmal Sains
Bilik Operasi Waden
Asrama Putera
Asrama Puteri
Pandangan atas asrama pelajar
Pintu gerbang dari jeti sekolah
Dewan Makan Sekolah
Padang Sukan Sekolah