Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah telah diwujudkankan pada tahun 1986 sejak sekolah ini ditubuhkan. Sejak dari tarikh tersebut, PSS sekolah ini telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan tenaga kerjanya. 

Visi PSS
Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai, Kapit mencapai sekolah gemilang menjelang tahun 2010.

Misi PSS
Memikul tanggungjawab merealisasikan misi melalui:-
v  Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telus dan kondusif.
v  Menyediakan ruang pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan bestari di kalangan pelajar yang berbilang kaum.
v  Kerjasama dan permuafakatan warga sekolah dan PIBG dalam memartabatkan kecermelangan pendidikan sekolah.

Motto PSS
ARIF TERAS KEMAJUAN
 
Konsep PSS
Konsep Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai adalah:
Ø  Menyediakan koleksi buku, majalah, cetakan lain, bahan bantu mengajar, alat elektronik audio / video dan komputer yang terurus.
Ø  Perkhidmatan sumber ilmu.
Ø  Tempat pembelajaran yang selesa.
Ø  Ruang untuk membaca dan pelbagai aktiviti lain.
Ø  Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai adalah bertujuan untuk:
ü  Mewujudkan satu sumber maklumat.
ü  Menggalakkan minat membaca dikalangan murid.
ü  Memperolehi maklumat melalui bahan yang terdapat di PSS.
ü  Menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
ü  Meningkatkan budaya membaca.
ü  Membolehkan aplikasi pembacaan selari dengan teori pembelajaran.  

Anda boleh muat turun bahan-bahan PSS.